Perak Hari Ini

JKN Perak Siasat Tular Wanita Pakai Gelang KKM Berada Di Kedai Makan

IPOH: Tular di media sosial hari ini apabila terdapat satu posting di Facebook yang memaparkan seorang wanita dipercayai memakai gelang tangan berwarna merah jambu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berada dalam sebuah kedai makan di Meru Raya, di sini.

Tangkap layar yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang mendakwa pekerja di kedai itu mendapat pelbagai reaksi ramai selain dia turut melahirkan kekecewaan tindakan wanita tersebut.

Untuk rekod Gelang merah jambu itu dipercayai gelang pengawasan COVID-19 yang memerlukan pemakai berada dalam tempoh kuarantin wajib di rumah selama 14 hari.

Pengarah Jabatan Kesihatan (JKN) Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming dalam respons maklum balasnya berkata pihaknya telah mengambil maklum berkenaan hal tersebut.

“Sehubungan itu JKN telah mengambil tindakan serta-merta untuk menyiasat perkara itu.

“Jika didapati berasas, tindakan sewajarnya termasuk tindakan perundangan akan diambil,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata gelang tangan itu diwajibkan ke atas kesemua pengembara yang pulang ke Malaysia sepanjang tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.

Individu yang melanggar perintah kuarantin di rumah berkaitan dengan wabak Covid-19 boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");