Berita Hari Ini

Tukar Kemasukan IPT Boleh Bebankan Pelajar, Kata Syed Saddiq

PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pertukaran kemasukan institusi pengajian tinggi boleh membebankan pelajar, beberapa hari selepas kerajaan mengumumkan SOP sedang diperkemas untuk kemasukan semula pada Oktober.

Bekas menteri belia dan sukan itu mendakwa ramai pelajar sudah menamatkan kontrak rumah sewa, dan kini perlu mencari rumah sewa baru dalam tempoh terdekat.

“Pengumuman untuk pulang semula ke universiti juga dibuat kurang lebih sebulan sahaja dengan keputusan untuk para pelajar kosongkan asrama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kementerian Pengajian Tinggi pada 30 Jun mengumumkan ia sedang memperkemas SOP untuk kemasukan semula pelajar ke IPT yang akan bermula Oktober.

Pada 27 Mei lalu, KPT berkata pengajaran dan pembelajaran di semua kampus IPT perlu dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember.

Syed Saddiq berkata beliau terima aduan daripada keluarga pelajar bahawa keputusan terbaru itu akan menyukarkan mereka, mengatakan setiap keputusan harus dibuat dengan pertimbangan wajar terhadap pelajar, pensyarah, dan pentadbiran universiti.

“Benar, universiti harus dibuka semula. Namun, keputusan tergesa-gesa dalam tempoh yang singkat akan menyukarkan semua pihak yang terlibat,” katanya.

Syed Saddiq meminta KPT memberi makluman yang lebih jelas untuk meredakan persoalan berbangkit dalam hal ini memetik FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");