Perak Hari Ini

Bina ‘Kiosk Cuci Tangan’ Di Sekolah Normal Baharu Hadapi Covid-19

IPOH-  Projek pembinaan ‘kiosk mencuci tangan’ telah berjaya dibangunkan di 32 buah sekolah sebagai inisiatif bagi membantu mengawal penularan wabak Covid-19 dalam kalangan warga sekolah.

Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata, pembinaan kiosk tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta menerapkan tabiat ‘normal baharu’ dalam kalangan pelajar serta kakitangan sekolah.

Katanya, sebelum ini pihaknya melihat dikebanyakkan sekolah tidak mempunyai kemudahan yang sesuai ekoran daripada beberapa faktor memandangkan aktiviti sosial perlu diteruskan.

“Kita mengambil insiatif untuk melaksanakan program ini kerana kita percaya kita mesti ada program yang mengkhususkan pembudayaan normal baru di sekolah.

“Kita percaya usaha pemulihan dan pembudayaan normal baru ini sama penting jika tidaknya lebih penting daripada usaha membanteras secara lansung terhadap pendermik Covid-19,” katanya ketika ditemui media.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan merasmikan Majlis Perlancaran ‘Handwashing Kiosk’ di SMK Tasek Damai di sini, hari ini.

Hadir sama semasa majlis, isteri Menteri Besar Perak, Nomee Ashikin Mohammed Radzi; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Ahmad Saidi Mohamad Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maybank, Encik Shahril Azuar Jimin.

Projek tersebut melibatkan pembinaan struktur (kiosk) dalam kawasan sekolah yang menempatkan sinki, paip air dan tempat meletak sabun bagi mencuci tangan.

Kiosk tersebut diletakkan di kawasan hadapan atau berdekatan laluan masuk pelajar berdasarkan panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dimana pelajar-pelajar perlu diambil suhu dan membasuh tangan dahulu sebelum memasuki kawasan sekolah.

Kiosk tersebut juga mempunyai ruang khas untuk meletakkan poster-poster berkaitan langkah-langkah penjagaan kebersihan serta kesihatan.

Katanya, projek yang merupakan kerjasama secara lansung dengan KPM perlu mengikuti segala kriteria telah ditetapkan.

“Antara kriteria yang ditetapkan adalah jumlah pelajar, kawasan persekitaran merupakan kawasan berisiko tinggi untuk Covid-19 atau pernah ada jumlah kes yang ramai.

“Sudah tentu sekolah itu sendiri, kita tak akan ke sekolah yang mempunyai kelengkapan yang sempurna dan kebanyakkan sekolah yang dipilih adalah sekolah di luar bandar atau di bandar yang memenuhi kriteria,” katanya,

Menurut beliau, kos bagi setiap kiosk bergantung kepada lokasi dan juga saiz di mana ia juga bergantung kepada sekolah dan kedudukan dengan nilai antara RM5,000 hingg RM7,000.

Selain dari itu katanya, pihaknya juga merancang untuk membina lagi beberapa kiosk di sekolah seluruh Malaysia, namun ianya bergantung kepada pendanaan.

“Walaupun pendanaan MERCY Malaysia untuk wabak Covid-19 ini amat berjaya, setakat ini MERCY Malaysia telahpun dapat mengumpul sebanyak RM38 juta.

“Dari jumlah ini hanya sebahagian kecil yang boleh peruntukkan bagi program ini, kita harap dengan sokongan pendanan seperti Kumpulan Maybank yang telah berbesar hati menyokong program ini secara khusus, kita harap akan ada lagi pendana-pendana lain yang akan tampil,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");