Perak Hari Ini

Ismail Sabri Nafi Timbalannya Salah Guna Kuasa

TANJONG MALIM- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan Timbalan Menterinya, Ikmal Hisham Abdul Aziz menyalahguna kuasa bagi mendapatkan sokongan bagi pihak anaknya.

Katanya, Ikmal Hisham sendiri boleh secara terus menghantar permohan kepada pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tanpa melibatkan beliau kerana perlantikan tersebut dibuat oleh ahli lembaga LTAT.

”Kalau beliau nak salah guna kuasa, beliau sendiri pon boleh direct (terus) tak perlu melalui saya tapi beliau tidak menggunakan kuasa beliau untuk direct kepada pengerusi LTAT, beliau mintak sokongan daripada saya.

“Dan seperti biasalah, siapa-siapapun yang mintak sokongan saya akan sokong macam-macam orang datang mintak sokongan, macam-macamlah yang datang ke pejabat, saya sokong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Perjumpaan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Balu Dewan Undangan Negeri (DUN) SLIM, di Dewan Org Ramai Felda Besaut 2, di sini, hari ini.

Media melaporkan, surat berkenaan ditujukan kepada beliau bertarikh 5 Jun 2020 yang mengandungi tulisan tangannya yang diminitkan kepada Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan mengatakan beliau bersetuju cadangan itu.

Menurut Ismail, beliau tidak mempunyai sebarang kuasa untuk membuat perlantikan, namun hanya memberi sokongan sebagai maklumbalas surat tersebut.

“Jadi setakat surat je lah. Thats all berenti setakat itu sahaja.

“Sokongan bukan bermaknanya perkara itu dipenuhi tetapi macam dalam kes ini saya melihat bahawa anak beliau merupakan Bachelor in Civil Engineering. Dia juga seorang peniaga yang berjaya. Jadi kita memikirkan bahawa beliau mungkin boleh membantu beliau dimasukkan ke dalam sebuah syarikat perniagaan itu di bawah LTAT.

Ulas beliau lagi, anak timbalannya itu, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham bagaimanapun tidak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.

“Keputusannya dia tak dapat, Kalau dia dapat tu mungkinlah berbeza sedikit tetapi kalau dia dapat pun sebab ahli lembaga LTAT sokong,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");