Perak Hari Ini

JBPM Perak Telah Lakukan Sanitasi Di Sekitar Meru Raya

IPOH: Susulan tular gambar individu memakai gelang merah jambu pengawasan Covid-19 makan di sebuah restoran di Meru Raya di sini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah menjalankan kerja-kerja sanitasi di lokasi sama dan sekitar Bandaraya ini.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata kesemua kawasan yang terlibat meliputi kawasan yang dipercayai dijejaki individu itu termasuk pasar raya, restoran dan sebagainya.

Dalam pada itu beliau turut menyeru agar orang ramai dapat menyalurkan maklumat kepada JBPM sekiranya berlaku perkara sedemikian.

“Kita bersiap sedia melaksanakan sanitasi di seluruh kawasan yang sekiranya ada dilaporkan maklumat berkaitan penularan Covid-19 oleh mana-mana individu.

“Masyarakat jangan bimbang kerana JBPM telah melaksanakan kerja-kerja sanitasi di semua kawasan yang terlibat.

“Sekiranya ada kawasan lain yang terlibat, kami berharap agar orang ramai dapat memaklumkan kepada kami supaya kami dapat segera bertindak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Korban anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Perak bersama Nation of Women (NOW) di Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, di sini, hari ini.

Selain itu, Azmi berkata JBPM Perak akan terus melakukan kerja-kerja sanitasi di semua kawasan awam di seluruh negeri.

“Jika ada permintaan seperti oleh pihak sekolah atau tadika, kami akan melaksanakan proses sanitasi di premis mereka,” katanya lagi.

Pada 21 Julai lalu, foto seorang wanita yang dipercayai melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

Susulan itu ia juga dilaporkan menjejaskan lebih 100 peniaga di sekitar Bandar Meru Raya selain penyebaran berita yang tidak dapat disahihkan mengaitkan beberapa lokasi lain di Ipoh yang dikatakan dikunjungi individu sama memburukkan lagi keadaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");