Berita Hari Ini

Lelaki Maut Pacuan Empat Roda Jatuh Dari Tingkat Tiga Parkir

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 63 tahun maut apabila kereta pacuan empat roda dipandunya merempuh dinding dan terjunam dari tingkat tiga tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Sentul, di sini pada Khamis.

Bernama melaporkan Komander Operasi Kanan Timbalan Penguasa Bomba Hafizan Hassan berkata Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada pukul 6.18 petang semalam.

Beliau berkata sembilan anggota dari Balai Bomba Sentul bersama satu jentera dan ambulans ERMS, JBPM dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta jenis 4×4 Toyota Land Cruiser telah terlanggar tembok tempat letak kereta di tingkat tiga dan terjun menjunam ke bawah.

“Mangsa seorang lelaki berumur 63 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak paramedik Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mayat lelaki berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");