Perak Hari Ini

Premis Di Perak Wajib Guna MySejahtera – Exco

IPOH: Selaras dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Perak akan mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera di setiap premis di seluruh negeri serta-merta.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi berkata ia sebagai usaha memudahkan urusan pengesanan kontak rapat sekiranya berlaku kes COVID-19 di mana-mana premis di negeri ini.

Katanya ia juga mampu menghindar daripada tindakan segelintir pihak yang dengan sengaja memberikan maklumat palsu apabila berkunjung ke premis-premis perniagaan.

Pada masa sama, Nolee berkata aplikasi MySejahtera merupakan aplikasi yang lebih efisien serta selamat kerana ianya dikendalikan oleh pihak kerajaan.

{“source_sid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1596694180660″,”subsource”:”done_button”,”uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1596694180655″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Ujarnya lagi perkara itu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang diadakan semalam.

“Di Perak kita beri mereka tempoh masa dan ruang untuk semua peniaga dapat menggunakan aplikasi MySejahtera di premis mereka.

“Jangka masa untuk penguatkuasaan itu masih belum ditetapkan namun kita mahu ia dapat dilaksanakan serta-merta,” katanya.

{“source_sid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1596694208404″,”subsource”:”done_button”,”uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1596694208395″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Tambah beliau, pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh ngeri akan diminta melakukan pemantauan bagi memastikan di setiap premis memaparkan kod QR aplikasi MySejahtera.

Sementara itu Nolee berkata beliau mengambil maklum berkenaan kekangan daripada golongan yang tidak mempunyai telefon pintar dan seterusnya tidak dapat memuat turun aplikasi tersebut.

“Kita menyedari situasi tersebut dan ianya akan kita perhalusi bagi usaha penambahbaikan. Namun kita menggalakkan semua rakyat untuk memuat turun aplikasi My Sejahtera.

“Kita faham kesulitan yang dihadapi sesetengah rakyat. Namun sekiranya mendaftar secara manual, amat ditekankan agar maklumat yang diberikan itu adalah maklumat yang sah,” katanya.

Isnin lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan di semua premis perniagaan bagi memudahkan proses pengesanan kontak oleh Kementerian Kesihatan.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1596694237279″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Terdahulu Nolee hadir menyaksikan Majlis Penyerahan Kunci Kiosk Kepada lapan peserta e-Kasih di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, hari ini.

Hadir sama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.

Menerusi inisiatif itu sebanyak 40 kiosk e-Kasih telah diwujudkan MBI yang melibatkan lapan lokasi terpilih antaranya di Taman Perpaduan, Chemor, Taman Rishah dan Pengkalan.

Mengulas lanjut Nolee berkata usaha berterusan itu mampu membantu peserta e-Kasih keluar daripada kepompong kemiskinan selain ianya juga dapat merapatkan jurang kemiskinan bandar dalam Bandaraya Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");