Berita Hari Ini

Premis judi degil dipotong elektrik

KEPALA BATAS – Polis dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil tindakan memotong bekalan elektrik di 10 premis yang menjalankan kegiatan judi ekor haram dan judi online di sekitar kawasan Butterworth dan Mak Mandin petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, operasi bermula jam 2 petang membabitkan lima premis di Butterworth dan lima di Mak Mandin yang menjalankan perniagaan menjual telefon bimbit bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Menurutnya, kesemua premis tersebut pernah diserbu beberapa kali sebelum ini tetapi pemilik dan penjaga premis masih berdegil. Mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral ini tanpa menghiraukan tindakan yang telah diambil.

“Oleh itu, kita melaksanakan pemotongan bekalan elektrik di semua premis itu bagi mengelakkan mereka terus menjalankan kegiatan haram tersebut,” katanya kepada media selepas operasi semalam.

Noorzainy berkata, operasi itu dilaksanakan mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, polis menyerbu enam premis yang menjalankan kegiatan judi loteri awam haram dan judi online di beberapa lokasi berbeza di daerah SPU, semalam memetik Sinar Harian.

Noorzainy berkata, Ops Dadu itu turut menahan tujuh individu berusia lingkungan 20 hingga 56 tahun selain merampas peralatan menjalankan judi dan wang tunai berjumlah RM1,595.

“Dua daripada mereka dikesan mempunyai rekod jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4(1 ) (c) akta sama,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");