Berita Hari Ini

“Saya Tidak Kecewa ‘Kereta Terbang’ Bukan Keutamaan” – Mohd Redzuan

KUALA LUMPUR: “Saya tidak kecewa sebab ini inisiatif swasta. Saya secara peribadi masih lagi memantau perkembangan ekosistem industri berkenaan yang sedang dilaksanakan pihak swasta,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Harian Metro melaporkan beliau mengulas mengenai projek prototaip kereta terbang yang diistilahkan semula sebagai projek super dron, namun tidak lagi menjadi keutamaan kerajaan.

Mohd Redzuan yang mempelopori projek kontroversi itu ketika menjawat Menteri Pembangunan Usahawan dalam kerajaan terdahulu berkata, beliau tidak kecewa malah mengakui projek itu juga bukan keutamaan pentadbiran sebelum ini.

“(Inisiatif kereta terbang) tidak pernah menjadi keutamaan kerajaan kerana masih banyak lagi agenda yang perlu diutamakan seperti membangunkan usahawan.

“Apa yang saya perjuangkan adalah perubahan minda orang tempatan mengenai teknologi terkini supaya mereka lebih peka dan secara dasarnya, kita mahu menjadi negara pengeluar, bukan setakat negara pengguna.

“Esok (nanti) apabila orang dah (guna kereta) terbang, kita masih nak membeli dari luar? Itulah perubahan minda yang saya katakan,” katanya ketika berucap menggulung perbahasan menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Minggu lalu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilapor berkata, kerajaan tidak memberikan keutamaan kepada pembangunan projek dron atau super dron, sebaliknya terhadap pembangunan usahawan kecil yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Wan Junaidi berkata, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) sedang berusaha untuk mencapai hasrat dan matlamat yang digariskan dalam Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");