Membawang Hari Ini
Like

Seronok Duduk Flat, Faezah Elai Dipuji Tak Malu Mengaku Asal Usul

August 4, 2020
491 Views
0 Comments
2 minutes read
Seronok Duduk Flat, Faezah Elai Dipuji Tak Malu Mengaku Asal Usul

Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon Faezah Elai mengimbau kenangan lamanya sewaktu membesar di sebuah rumah jenis pangsa kos rendah di Pulau Pinang. Dalam entri itu, Faezah turut memuat naik fotonya di rumah flat lamanya.

Menurut Faezah, dia mengakui kehidupan sebagai budak flat sangat seronok dan meriah lebih-lebih lagi setiap kali tibanya musim perayaan. Faezah turut berseloroh, kalau duduk flat suami isteri bergaduh pun boleh dengar.

“Saya budak flat. Flat Taman Tun Sardon Penang. Siapa balik flat raya baru ni? Duduk flat ni meriah woo! Terutamanya masa raya. Kalau ada yang bergaduh laki bini, memang satu flat boleh dengar,” tulisnya.

Katanya lagi, kehidupan di flat membuatkan dirinya sering berdepan dengan pelbagai ragam manusia. Bahkan, situasi itu secara tidak langsung membuatkan dia mula belajar menjadi ‘mami jarum’ sebenar.

“Saya ingat lagi sewaktu saya usia 12 tahun, tengah malam jiran bawah rumah berkelahi laki bini. Saya dan kakak dengan bedak sejuk tepek kat muka, duduk cangkung di tepi tangga dengar mereka bergaduh..pasal apa tak tahu, lupa dah.

“Saya punya ‘bawanglah’ ketika itu. Kamilah mami jarum sebenar. Saya seronok dengan memori ketika zaman kanak-kanak,” ceritanya.

Perkongsian Faezah mengenai kehidupannya di flat itumenerima reaksi positif netizen yang turut bersetuju bahawa kehidupan di flat sememangnya meriah.

Malah ramai peminat memuji pelakon itu yang sentiasa rendah diri dan tidak segan mengakui asal usul dirinya meskipun kini sudah berjaya dan menjalani kehidupan yang lebih selesa.

Untuk rekod, Faezah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Heykal Hanifah pada September 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.

Comments are closed.