Perak Hari Ini

Wakil Armada Kena ‘Boo’ Tak Gambar Pendirian Parti- KJ

TANJONG MALIM- Insiden Pemuda Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di ‘boo’ berulang kali pada majlis pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) sama sekali tidak menggambarkan hubungan antara parti yang berada di bawah kerajaan sedia ada.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan tersebut juga jelas tidak menggambarkan pendirian parti.

“Mungkin ini adalah beberapa orang yang tidak boleh menggambarkan sebenarnya hubungan antara parti yang mendokong kerajaan sedia ada parti BN, Pas dan Bersatu.

“Jadi mungkin saya boleh kata mereka ini tidak gambarkan pendirian parti, saya tak tahu mereka ini siapa, datang dari parti mana tetapi mereka tidak gambarkan pendirian parti UMNO, PAS ataupun mana-mana parti yang sekarang ini mendokong kerajaan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa mengadakan ziarah kasih di PDM Felda Besout 2, di sini, hari ini.

Menurut Khairy, kebarangkalian ada perkara yang sengaja dilakukan supaya tercetusnya kontroversi semasa majlis berkenaan.

“Mungkin ada elemen-elemen yang sama ada mereka sengaja nak mencetuskan kontroversi ataupun mereka ini tidak nampak kepada big picture (gambaran keseluruhan) kepada matlamat yang lebih besar iaitu penyatuan terutamanya kepada umat Islam dan bangsa melayu melalui Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Semalam, insiden tersebut bermula apabila Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sedang memperkenalkan barisan wakil parti komponen seperti Pemuda MCA, MIC dan Pas sebelum menyebut nama Armada yang menerima sorakan ‘boo’.

Salah seorang wakil Armada yang berada di atas pentas itu adalah Ketua Armada Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd Salleh.

Bagaimanapun Mohd Hafez ketika ditemui media berkata, beliau tidak mengambil hati dan berlapang dada dengan insiden yang berlaku itu namun tetap komited dan berjanji akan membantu calon BN, Mohd. Zaidi Aziz.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");