Berita Hari Ini

2 daripada 5 kanak-kanak alami pengalaman buruk dalam talian, lapor Unicef

DUA daripada lima kanak-kanak mengalami pengalaman buruk ketika menggunakan Internet dan mereka tidak memaklumkan perkara itu kepada sesiapa, lapor Unicef.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di empat negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, kes buli siber ini melibatkan golongan kanak-kanak lelaki dan perempuan berdepan situasi di mana diminta menghantar gambar lucah.

Kebanyakan mereka yang terlibat dalam kes ini enggan membincangkan kejadian buruk itu ekoran tekanan sosial.

Laporan itu juga mendapati lebih separuh peserta yang menyertai kajian itu bersemuka dengan seseorang yang dikenali dalam talian.

Dalam kebanyakan kes, mereka tidak mengalami sebarang kejadian buruk ketika bertemu, tetapi kecewa kerana individu yang ditemukan tidak seperti yang digambarkan.

Kajian yang dijalankan di Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Thailand itu menumpukan pandangan dan pengalaman 301 kanak lelaki dan perempuan, 127 daripadanya dari Malaysia, berusia antara 11 hingga 18 tahun.

Laporan itu juga mendapati pandemik Covid-19 menyebabkan peningkatan mendadak penggunaan Internet dalam kalangan kanak-kanak termasuk dengan tujuan pendidikan dan komunikasi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");