Membawang Hari Ini
Like

Big Stage tiada minggu ini!

September 11, 2020
367 Views
0 Comments
2 minutes read
Big Stage tiada minggu ini!

Kuala Lumpur: Produksi Big Stage 2020 memutuskan tidak akan mengadakan konsert kelima program itu pada Ahad ini sebagai tanda penghormatan buat Allahyarham penyanyi, Sandra Dianne yang meninggal dunia pada jam 1 pagi, di Hospital Putrajaya, hari ini.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, seluruh warga produksi cukup berdukacita atas pemergian penyanyi Terkemuka itu yang sepatutnya masih bertanding dalam program terbabit memetik HMetro.

“Pihak Astro khususnya seluruh warga produksi Big Stage 2020 masih terkejut dan cukup terkesan dengan khabar duka mengenai pemergian┬áSandra Dianne yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi sewaktu sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya akibat nahas jalan raya Sabtu lalu.

“Pemergian arwah adalah kehilangan yang besar buat kami. Oleh itu, sebagai tanda penghormatan terakhir, pihak Astro mengambil keputusan untuk tidak meneruskan konsert minggu kelima pada Ahad ini seperti kebiasaan.

“Sebaliknya, kami bakal mengadakan sebuah konsert tribute istimewa berjudul #SandraDalamKenangan bagi mengenang arwah dan pembabitan beliau dalam industri seni tanah air terutamanya sepanjang pertandingan Big Stage 2020 berlangsung,” katanya.

Tambah Emarina, pihak Astro juga akan turut membantu daripada aspek pengurusan termasuklah membiayai kos penghantaran pulang jenazah ke Sabah dan menghulurkan sumbangan ikhlas bagi meringankan beban keluarga.

“Kami juga turut mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis tahlil buat arwah dalam masa yang terdekat. Pihak Astro sekali lagi ingin mengucapkan salam takziah dan cukup bersimpati dengan pemergian arwah.

“Yang pastinya, ia akan meninggalkan kesan yang sangat mendalam ke atas seluruh keluarga dan peminat yang menjadi tulang belakang beliau selama ini. Semoga kalian tabah menghadapi dugaan ini. Semoga segala urusan penyempurnaan terakhir beliau dipermudahkan,” katanya.

Terdahulu, Emarina memaklumkan Sandra masih bergelar peserta untuk program itu baru-baru ini. Walaupun penyertaan Sandra dikecualikan bermula minggu lalu sehingga tempoh diberitahu kelak, bayaran penuh elaun akan tetap diberikan kepadanya.

Jenazah Allahyarham akan disempurna dan dikebumikan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran, Sabah.

Komen & Pendapat

Comments are closed.