Perak Hari Ini

PLPGU Ipoh Diiktiraf Sebagai Pusat Latihan Penerbangan Pertama Dibawah KDN

IPOH- Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) Ipoh diiktiraf sebagai pusat latihan penerbangan yang pertama Malaysia oleh Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, selepas ini pihaknya tidak perlu lagi menghantar anggota atau juruterbang bagi mengikuti latihan ke luar negara atau di institusi swasta.

“Ini bermakna pihak PDRM tak lagi perlu untuk hantar juruterbang-juruterbang pelatihnya ke luar negara ataupun institusi swasta yang lain sebab kita sendiri pon mempunyai kemampuan untuk melatih.

“Selepas PLPGU ini dijadikan pusat latihan, ini sekaligus menjimatkan belanja wang kerajaan untuk melatih sesorang juruterbang atau pembantu juruterbang atau kru di dalam kerana kosnya mahal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil pengiktirafan Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) PDRM sebagai ‘Approved Training Organisation – Flight Training Organisation’ (ATO-FTO) dan ‘Approved Training Organisation – Type Rating Training Organisation’ (ATO-TRTO) oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) di PLPGU Ipoh di sini, hari ini.

Tambah beliau, melalui pengiktirafan yang diberikan ini, maka dapat mengurangkan pembaziran wang agak besar yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan.

Kata Abdul Hamid, acara menjadi suatu yang bersejarah kepada bagi PDRM kerana selepas lebih 41 tahun pasukan gerakan udara PDRM ditubuhkan yang dahulunya bermula dengan nama Unit Udara Polis.

“Pada hari ini, pihak CAAM telah memberikan pengikitirafan kepada pasukan gerakan udara melalui pusat penerbangan di Ipoh ini pengiktirafan sebagai pusat latihan penerbangan,” katanya.

Katanya, selama tiga tahun proses tersebut berjalan dalam menyediakan siri dokumen lengkap untuk melayakkan permohonan kepada pihak CAAM bagi menjalankan audit kelengkapan di PLPGU sebagai institusi Latihan Penerbagan bertafar Approved Training Organisation (ATO).

“Selama tiga tahun proses berjalan untuk menyediakan dokumentasi yang disyaratkan oleh pihak CAAM sebelum pihak CAAM berpuas hati bahawa pangkalan ini memang telah memenuhi keperluan dan syarat serta mempunyai kemudahan tertentu untuk menjadi sebuah pusat latihan penerbangan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");