Panasnya Hari Ini

COVID-19: Zahid Jalani Kuarantin Di Rumah

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kini menjalani kuarantin di kediamannya selepas menjadi kontak rapat kepada seorang pemimpin parti itu ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

BH Online melaporkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dilaporkan mempunyai kontak rapat dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Muhammad Rafii, yang dilaporkan positif COVID-19, baru-baru ini.

Dalam hantaran dimuat naik di Facebook dengan beberapa gambar menunjukkan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) sedang mengadakan perbincangan secara maya dengan pemimpin parti berkenaan.

“Oleh kerana kuarantin, saya memantau dari rumah segala perkembangan terbaru mengenai hari mengundi PRN Sabah,” katanya ringkas.

Selain Ahmad Zahid, pemimpin BN lain yang diarahkan menjalani kuarantin adalah Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa merangkap Ketua Koordinator BN bagi PRN Sabah.

Annuar yang juga Menteri Wilayah turut menjadi kontak rapat kepada Razlan.

Pada 23 September lalu, tiga calon bertanding pada PRN Sabah perlu menjalani kuarantin 14 hari berikutan dikenal pasti sebagai kontak rapat Razlan yang disahkan positif COVID-19, baru-baru ini.

Terbaru, Calon BN bagi kerusi DUN Pitas, Sufian Abdul Karim, melalui laman Faceboook jam 11 pagi tadi turut mengesahkan dirinya positif COVID-19.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");