Berita Hari Ini

KKMM Sedia Bantu PDRM Siasat Syarikat Dakwa Ada Kaitan Risikan China

KUANTAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung laporan sebuah syarikat yang mempunyai kaitan tentera dan perisikan di China didakwa mengumpul data 1,400 rakyat Malaysia.

Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Cyber Security Malaysia (CSM) di bawah kementerian itu boleh membantu dalam melakukan siasatan.

“Apa juga siasatan kita sedia membantu tetapi kuasa menyiasat di bawah PDRM. Kalau polis minta bantuan, kita sedia membantu melalui dua agensi iaitu SKMM dan CSM,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bengkel Latihan YouTube Zom Pantai Timur di sini, hari ini, lapor BH Online.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri dilaporkan berkata, sebuah syarikat berkaitan tentera dan perisikan di China yang didakwa mengumpul data 1,400 rakyat Malaysia.

Jumlah itu adalah antara data 250,000 individu yang bocor daripada pangkalan data Zhenhua Data, yang menyimpan maklumat 2.4 juta orang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");