Perak Hari Ini

Gesaan Tutup Sekolah Di Seluruh Kedah, KPM Minta Tunggu Keputusan KKM Dan MKN

IPOH- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mendapatkan syor dan keputusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung penutupan sekolah di seluruh negeri Kedah.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pihaknya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak sekolah mahupun membuat sebarang keputusan berkaitan dengan virus Covid-19 bagi mengelakkan berlaku sebarang kekeliruan.

“Kesemua keputusan adalah di bawah KKM dan MKN, jadi perlu tunggu keputusan dari mereka, memang terpulang kepada mereka di mana ia juga sudah ada Prosedur Standard Operasi (SOP) dari MKN dan KKM.

“Dari segi keselamatan dan kesihatan ini sentiasa menjadi tumpuan untuk KPM namun berkenaan kes tersebut, keputusan akan dibuat daripada MKN dan KKM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan bangunan Rev. William Edward Horley & Ms Grace Towers di Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Ipoh, di sini, hari ini.

Desakan tersebut melibatkan banyak pihak terutamanya penduduk di sekitar Kedah di mana rata-rata mengatakan adalah lebih baik sekolah di seluruh negeri itu ditutup supaya wabak tersebut tidak merebak dalam kalangan pelajar sekolah.

Semalam, KKM memaklumkan terdapat 14 pertambahan kes baharu positif Covid-19 membabitkan Kluster Sungai sebanyak 11 kes menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 50 kes, manakala Kluster Telaga mencatatkan satu kes baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan 16 kes.

Bagaimanapun pada Khamis, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di 28 mukim di daerah Kota Setar yang berkuat kuasa pada 11 sehingga 25 September depan.

Bagaimanapun ujar Hang Soon, tentunya KKM sangat prihatin tentang perkara itu di mana mereka akan membuat satu keputusan yang terbaik bagi mengekang gelaja berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");