Perak Hari Ini

Mahkamah Putuskan Suami Youtuber Pavitra Dilepas Tanpa Dibebaskan

IPOH: Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini memutuskan suami Youtuber masakan terkenal, M. Sugu,29 , dilepas tanpa dibebaskan bagi tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya.

Hakim Norashima Khalid membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk melepas M. Sugu tanpa membebaskannya.

Ketika perbicaraan berlangsung, isterinya, S. Pavitra, 28 telah dipanggil ke kandang saksi bagi memberi keterangan bersumpah.

Ibu kepada dua cahaya mata itu memberitahu bahawa dia tidak mahu meneruskan kes berkenaan sebaliknya mahu menarik semula pertuduhan ke atas suaminya.

Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd. Radzi bagaimanapun memohon agar mahkamah membenarkan permohonan pihaknya untuk tertuduh dilepas tanpa dibebaskan sekiranya terdapat keperluan untuk kes tersebut dibuka semula kelak.

Namun, peguam Muhamad Syahrul Nizam Mohd. Rabi yang mewakili Sugu membantah permohonan berkenaan memandangkan pengadu iaitu Pavitra yang merupakan saksi utama sudah menarik balik kes tersebut dan tiada keperluan untuk kes itu dituduh semula.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Sugu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan kanan isterinya dengan menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, antara pukul 4 hingga 6 petang pada 21 Julai lalu.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1600311571121″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu di mahkamah sama, Hakim Norashima menetapkan tarikh 22 Oktober ini bagi sebutan semula kes ke atas Sugu yang didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter bertulis Tiger.

Sugu didakwa memiliki sabit berkenaan di lokasi sama iaitu di parkir HRPB pada pukul 6 petang, 21 Julai lalu.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1600311488857″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Bagi kesalahan tersebut dia didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Muhamad Syahrul Nizam ketika ditemui di luar kamar mahkamah berkata, pihaknya telah memohon representasi bagi pihak pendakwaan meneliti serta menyemak semula pertuduhan bagi kes memiliki senjata berbahaya tersebut.

“Pihak kami percaya terdapat merit pembelaan yang perlu dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan di dalam pertuduhan berkenaan.

“Permohonan telah diserahkan kepada pihak pendakwaan dan mereka akan rujuk kepada Pengarah Pendakwaan negeri untuk arahan lanjut,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");