Panasnya Hari Ini

Syed Saddiq Daftar Parti MUDA Di RoS

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengemukakan permohonan pendaftaran parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Bernama melaporkan Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu hadir ke RoS di sini kira-kira 10.30 pagi bagi menghantar beberapa dokumen untuk pendaftaran parti baharu itu.

Ditemui media selepas hadir ke RoS, Syed Saddiq berkata MUDA boleh disertai pelbagai kaum di Malaysia dan tiada had umur ditetapkan.

“Parti ini akan dipimpin oleh anak muda daripada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya, sambil menambah MUDA kini mempunyai 13 penaja.

Menurutnya, struktur organisasi parti MUDA akan diumumkan dalam masa terdekat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");