Berita Hari Ini
Like

PM sampaikan perutusan khas Covid-19 malam ini

September 15, 2020
140 Views
0 Comments
33 seconds read
PM sampaikan perutusan khas Covid-19 malam ini

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19, malam ini.

Perutusan itu akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen termasuk Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia pada 8 malam.

Perkara itu dikongsikan Muhyiddin dalam laman Facebook rasminya hari ini.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki hari ke-181 hari ini dan hari ke-97 bagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

– Bernama

Komen & Pendapat

Comments are closed.