Perak Hari Ini

Anggota Askar Wataniah Ditemukan Mati Tergantung Berkemungkinan Ada Masalah Kewangan

IPOH – Polis mengesyaki kemungkinan tekanan daripada masalah kewangan menjadi punca seorang anggota Askar Wataniah bertindak menggantungkan diri di kawasan garaj pejabat pentadbiran Pusat Latihan Askar Wataniah di Jalan Raja Dihilir, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya kini sedang meneruskan siasatan terhadap ahli keluarganya bagi mendapatkan pengesahan hal tersebut.

“Kita akan menghubungi ahli keluarganya bagi mendapatkan pencerahan berkenaan masalah tersebut.

“Maklumat awal mendapati mangsa disyaki mempunyai masalah kewangan. Justeru menjalankan masih siasatan,” katanya.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1603873038260″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Tambahnya hasil siasatan awal terhadap rakan sekerjanya, mangsa dikatakan berada dalam keadaan gelisah sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, hari ini.

Terdahulu media melaporkan mangsa yang berpangkat sarjan berusia 37 tahun itu ditemukan rakannya dalam keadaan terjerut pada jam 7.09 pagi.

Dilaporkan setibanya Polis di lokasi, didapati seorang lelaki tergantung di bawah garaj berbumbung dalam keadaan berbaju dan berseluar sukan panjang berwarna hitam.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1603873106614″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Dalam perkembangan berasingan Asmadi berkata pihak polis berjaya mematahkan aktiviti sindiket mempromosikan judi dalam talian yang telah beroperasi sejak lapan bulan lalu.

Katanya operasi yang dijalankan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) IPD Ipoh itu hasil maklumat awam serta risikan.

“Dalam serbuan pada 23 Oktober jam 9.30 malam ke atas sebuah rumah di Sunway City, di sini seramai lima lelaki dan dua perempuan yang kesemuanya warga Indonesia telah ditahan.

“Mereka berumur dalam lingkungan 21 sehingga 38 tahun. Polis juga mendapati kesemua pasport dan pas lawatan sosial mereka telah tamat,” jelasnya.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1603873084798″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}
{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1603873059529″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Tambah Asmadi antara barang yang dirampas adalah tiga komputer riba, 20 telefon bimbit, set modem internet, buku catatan berkaitan judi serta tujuh pasport kerakyatan Indonesia.

Katanya lagi seramai 150 ke 200 pelanggan tempatan telah menjadi sasaran dan ia membabitkan jumlah transaksi harian atas talian mencecah RM15,000.

“Hasil siasatan awam mendapati Premis berada dalam kawasan rumah berpagar itu telah disewakan oleh seorang lelaki tempatan dikenali sebagai ‘Chow’ sejak Februari.

“Operator yang terlibat dalam sindiket ini turut ditawarkan dengan gaji sekitar RM2,000 sehingga RM5,000,” jelas Asmadi.

Katanya kesemua yang ditahan telah direman bermula 25 Oktober sehingga 7 November dan kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen (15)(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");