Panasnya Hari Ini

Pemuda Umno Minta BN, PN Tak Tanding PRK Batu Sapi

PETALING JAYA: Pemuda Umno akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan parti itu dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi susulan kematian ahli Parlimennya Liew Vui Keong.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia selepas mengambil kira penularan wabak Covid-19 terutama di Sabah yang mencetuskan risiko keselamatan kepada rakyat.

“Cadangan sama juga disyorkan kepada semua parti politik lain termasuk parti Perikatan Nasional bagi mengekalkan status quo kedudukan Parlimen Batu Sapi di bawah parti Warisan, menjelang PRK yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Asyraf berkata, fokus ketika ini harus diberikan untuk membendung Covid-19 daripada terus menular, selain membantu rakyat menangani keperitan hidup yang terkesan dengan kegawatan ekonomi akibat pandemik yang tiada berkesudahan memetik FMT.

“Pemuda Ummo percaya sudah tiba masanya untuk ahli politik melangkaui sempadan parti dapat bersolidariti dan menzahirkan jiwa besar mengenepikan perbezaan dan persengketaan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Liew meninggal dunia pada 2 Oktober lalu di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");