Perak Hari Ini

Perak Bakal Aktifkan Semula Pusat Kuarantin

IPOH- Kerajaan Perak akan mengaktifkan semula pusat kuarantin di negeri ini dalam masa terdekat sebagai langkah mengurangkan risiko penularan dengan memastikan individu yang berisiko dikuarantinkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faiza Azumu berkata, kerajaan negeri amat memandang berat perihal peningkatan kes positif wabak covid 19 di seluruh Negara.

“Walaupun bilangan kes tertinggi tertumpu di kawasan-kawasan tertentu dan masih dalam keadaan terkawal, Kerajaan Negeri Perak amat komited dan seboleh mungkin berusaha untuk meminimakan risiko penularan khasnya di Negeri Perak yang tercinta ini.

“Kerajaan Negeri Perak percaya langkah-langkah kawalan seperti mengaktifkan Pusat Kuarantin akan membantu mengurangkan risiko penularan dengan memastikan individu berisiko dikuarantinkan di Pusat Kuarantin,” katanya kepada media semasa Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah Al-Quran Dewasa di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Katanya, Pusat Kuarantin di Institut Latihan Statistik Malaysia yang mempunyai kapasaiti 90 buah bilik akan diaktifkan semula dalam masa terdekat disamping dua buah Hotel di sekitar Ipoh yang masih aktif sebagai Pusat Kuarantin dengan kapasiti 128 buah bilik bagi kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Negeri Perak.

“Kerajaan Negeri Perak juga sedang bersedia untuk mengaktifkan pusat-pusat kuarantin sekiranya diperlukan atas nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perak,” katanya.

Tambah Ahmad Faizal, kerajaan Perak juga telah menyediakan lima buah pusat kuarantin yang berstatus siap sedia iaitu di institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), Institut Latihan Pegawai Awam (ILPA) Perak, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTU ), Institut Latihan Perindustri (ILP) di meru dan juga Teknologi Pendidikan Negeri Perak.

“Jadi, lima pusat kuarantin kita letakkan di bawah status ‘standby’ jika ada keperluan tetapi yang telah dibuka semula adalah Pusat Latihan Statistik Malaysia di Sungkai dengan sebanyak 90 buah bilik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");