Berita Hari Ini

Polis Tahan Dua Lelaki ‘Conteng’ Papan Tanda Jalan

GEORGE TOWN – Polis menahan dua lelaki selepas dipercayai menconteng papan tanda jalan di beberapa kawasan pusat bandar ini gara-gara berang tidak menggunakan bahasa kebangsaan semalam.

Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30 dan 40-an itu ditahan selepas hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada pukul 9.30 malam tadi.

Menurutnya, tangkapan dilakukan selepas polis menerima maklumat berkaitan perbuatan lelaki terbabit daripada orang awam.

“Hasil soal siasat ke atas mereka mendapati punca sebenar perbuatan itu adalah disebabkan tidak berpuas hati dengan penggunaan bahasa pada tulisan papan tanda jalan yang sepatutnya menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan.

“Kedua-dua lelaki terbabit telahpun dibebaskan dengan jaminan polis sebaik keterangan selesai diambil malam tadi,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Beliau memberitahu, polis akan melengkapkan kertas siasatan kes terbabit sebelum merujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan selanjutnya.

Tambahnya, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 427/Seksyen 505(c) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");