Berita Hari Ini

UMNO mahu gencatan politik, tangani kesan Covid-19 – Zahid

UMNO berpendirian perlu dilakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang dihimpit kesusahan akibat masalah ekonomi.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO juga menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendepani pandemik serta kegawatan ekonomi, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mengarahkan semua kepimpinan parti dalam Kabinet memberikan sepenuhnya penumpuan kepada usaha membantu rakyat dan meringankan beban yang mereka tanggung.

“Kerjasama semua parti dalam kerajaan PN harus diperkasakan bagi menjamin kestabilan politik di saat negara menghadapi ancaman Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");