Berita Hari Ini

Belanjawan 2021: Peruntukan Terbesar Bukti Komitmen Kerajaan Peduli Kebajikan Rakyat

KOTA BHARU: Belanjawan terbesar membabitkan RM322.5 bilion dibentangkan semalam membuktikan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat.

BH Online melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata jumlah belanjawan membabitkan tiga teras utama itu juga menunjukkan keyakinan kerajaan yang berkeupayaan mengembalikan semula ekonomi selepas negara mengalami tekanan akibat COVID-19.

“Justeru, penting Ahli Parlimen mengambil sikap positif dalam membahaskan Belanjawan 2021. Jangan bersikap sengaja mencari salah dengan menyasarkan satu dua perkara sehingga menenggelamkan skop utama bajet berkenaan.

“Saya percaya mungkin sebahagiannya bersifat reaksi spontan selepas mendengar pembentangan belanjawan, namun selepas beberapa hari, mungkin semua orang sudah boleh menghadamnya.

“Saya yakin kita akan mendapat banyak pandangan positif dan pengesyoran selepas dua minggu perbahasan sebelum menteri diberi masa untuk jawapan balas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan kepimpinan UMNO negeri, di Pejabat Perhubungan UMNO, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, berkata beliau akan memanfaatkan bajet sebanyak RM956.7 juta yang diperuntukkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Kita akan memberi tumpuan kepada kesejahteraan bandar dan penduduk di Kuala Lumpur khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

“Kementerian akan membuat perincian bajet membolehkan wakil rakyat memahami angka yang diluluskan dalam belanjawan berkenaan,” katanya.

Semalam, pembentangan Belanjawan 2021 berjumlah RM322.5 bilion adalah terbesar dalam sejarah.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan bercadang untuk memperuntukkan RM236.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM69 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan RM17 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");