Berita Hari Ini
Like

CEO Anak Syarikat Kerajaan Perak Dibebaskan Dengan Jaminan

November 30, 2020
140 Views
0 Comments
1 minute read
CEO Anak Syarikat Kerajaan Perak Dibebaskan Dengan Jaminan

IPOH – Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat milik Kerajaan Negeri Perak yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu dibebaskan dengan jaminan.

Pengarah SPRM Perak Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata lelaki berusia 45 tahun itu dibebaskan semalam selepas ditahan reman selama dua hari sejak Sabtu lepas.

“Kami sedang menyiapkan siasatan untuk dihantar kepada Bahagian Pendakwaan SPRM untuk keputusan dan tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Jumaat lepas, lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Perak pada 3.45 petang kerana dipercayai mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk kelulusan.

Dokumen itu merupakan Surat Tawaran Pelantikan Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bertaraf jawatan tetap dan menerima gaji RM20,000 sebulan walhal Minit Mesyuarat Jawatankuasa Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bil.14/2017 bertarikh 8 Dis 2017 memutuskan lantikan jawatan tersebut adalah secara kontrak.

Komen & Pendapat

Comments are closed.