Berita Hari Ini

PKPB Boleh Tamat Awal Jika Bnyak Zon Hijau

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkemungkinan ditamatkan lebih awal jika penilaian semula Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati terdapat kawasan yang mencatatkan penurunan kes dan semakin banyak lokasi berada di Zon Hijau

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau tidak menolak kemungkinan itu membabitkan kawasan dikuatkuasakan PKPB di seluruh negara.

“Tunggulah penilaian risiko oleh KKM dan jika ada pengumuman baharu bagi kawasan tertentu, ia akan diumumkan.

“Saya percaya jika tidak ada kes baharu, selain jangkaan kebarangkalian jangkitan juga tidak berlaku, ditambah dengan banyak kawasan kembali kepada Zon Hijau, mungkin ada kebarangkalian PKPB ditamatkan lebih awal,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan PKPB diperluaskan ke tujuh lagi negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan selama empat minggu bermula 9 November lalu hingga 6 Disember ini.

Pelaksanaan PKPB ini dibuat selepas berlakunya peningkatan kes COVID-19 di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu. Sebelum ini PKPB dikuatkuasa di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");