Perak Hari Ini

Agenda Keselamatan Makanan Jadi Keutamaan di Perak

IPOH – Kerajaan Perak sedang menggerakkan tindakan dan usaha bagi memastikan agenda keselamatan makanan menjadi keutamaan di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata antara inisiatif itu termasuk peluasan kawasan jelapang padi dengan melaksanakan proses pengezonan kawasan sawah padi Luar Jelapang di Daerah Perak Tengah ke dalam Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak.

“Selain itu Kajian Semula Perundangan Sedia Ada menerusi semakan perundangan berkaitan bagi tujuan pewartaan Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) Negeri Perak.

“Merangka Dasar Baharu bagi mengubah sistem perladangan tradisional kepada Closed House System bagi ternakan unggas dan Modern Pig Farming untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan isu kacau ganggu.

“Serta menggalakkan pelaksanaan projek Urban Farming dan Community Farming terutamanya yang berskala besar bagi mewujudkan impak yang tinggi kepada sosio-ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Belanjawan Negeri Perak 2021 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Selain itu katanya, pelaksanaan projek berskala kecil dan sederhana turut disokong menerusi kerjasama strategik antara kerajaan negeri, agensi kerajaan negeri, syarikat korporat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta komuniti setempat.

Ujarnya, penting bagi pembudayaan pertanian melalui pelaksanaan Kempen Bumi Hijau bagi menggalakkan masyarakat bercucuk tanam bagi keperluan sara diri.

“Inisiatif, bantuan dan bimbingan di mana kerajaan negeri memberi tumpuan berterusan dalam usaha menaiktaraf ekonomi, kemahiran serta meringankan beban petani, penternak dan nelayan menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif yang bersesuaian.

“Perbincangan dan gerak kerja awal telah pun dijalankan pada tahun ini dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi agar blueprint ini memberi impak yang signifikan kepada sektor agromakanan Negeri Perak.

“Perancangan terperinci ini akan diteruskan setelah mengambil kira kandungan Dasar Agromakanan Negara 2.0 yang akan dilancarkan pada tahun 2021 kelak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");