Berita Hari Ini
Like

Enam PKPD tamat, dua lanjut

December 2, 2020
120 Views
0 Comments
2 minutes read
Enam PKPD tamat, dua lanjut

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai Pulau Pinang disytiharkan tamat hari ini.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKPD di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan termasuk Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon, Kota Belud ditamatkan pada 3 Disember 2020.

Selain itu PKPD di Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon, Kota Belud, Sabah turut tamat masa yang sama.

“Bagi Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai Pulau Pinang, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan sebanyak 3,254 saringan dan secara kumulatif telah merekodkan sebanyak 606 kes positif Covid-19.

“Walaubagaimanapun, KKM mengesahkan kes positif terakhir yang dilaporkan adalah pada 29 November 2020 dan semua
keputusan sampel ujian saringan telah pun diperolehi serta tiada lagi sampel yang masih menunggu keputusan.

“Bagi Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, KKM telah melaksanakan sebanyak 2,613 saringan dan sebanyak 774 kes kumulatif positif Covid-19 telah direkodkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurut Ismail Sabri, KKM mengesahkan kes terakhir yang dilaporkan adalah pada 30 November 2020 dan tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.

Beliau memberitahu, bagi Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan, KKM telah membuat 1,809 ujian saringan dan sebanyak 799 jumlah kes kumulatif positif Covid-19 telah direkodkan di kedua-dua lokaliti itu dengan kes terakhir direkoskan pada 27 November lalu.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas nasihat KKM hari ini memutuskan untuk melanjutkan PKPD di Zon B dan Zon C Taman Meru 2C, Ipoh sehingga 10 Disember 2020.

Katanya, KKM mengesahkan masih terdapat baki sampel saringan yang masih belum mendapat keputusan.

Kerajaan melaksanakan PKPD di Zon B dan Zon C Taman Meru 2C, Ipoh bermula 20 November lalu hingga hari ini. -MalaysiaGazette

Comments are closed.