Perak Hari Ini

Jangan Ada Balas Dendam Dalam Politik – Ahmad Faizal

IPOH – “Jangan balas dendam.. dalam politik kita jangan berdendam-dendam,” kata Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas, Datuk Osman Sapian bahawa Menteri Besar Johor boleh menerima nasib sama sepertinya sekiranya 12 ADUN Bersatu di negeri berkenaan ‘balas dendam’ melalui usul undi percaya.

“Saya kira tentu ada perkara yang boleh kita selesaikan, namun inilah reaksi yang tidak kita ingini apabila berlaku keadaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tempoh hari. Ini kerana kita tidak lakukan perunding sebelum perkara berkenaan dibuat.

“Saya juga telah dituduh tidak berunding apabila saya melantik Setiausaha Politik, Datuk Aznel Ibrahim tetapi itu perkara yang jauh berbeza,” katanya pada sidang media di Laman Seri Ridzuan di sini hari ini.

Ahmad Faizal berkata, beliau berharap apa yang terjadi kepadanya tidak berlarutan ke negeri lain mahupun di peringkat persekutuan.

“Apabila disingkirkan seorang Menteri Besar di kalangan parti komponen reaksi itu terdapat pula di negeri lain.

“Tetapi saya memohon nasihat agar semua pentadbiran negeri lain, kerajaan persekutuan dan sebagainya dapat berjalan dengan baik agar tiada perbalahan,” katanya.

Pada masa sama, beliau menasihati kepada semua pihak agar kekal tenang dan bersabar agar tiada kemelut politik melanda seperti negeri ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");