Perak Hari Ini

Projek Rintis Teknologi Robotik Di Pasar Ayam Ipoh – MBI

IPOH – Pasar Ayam Ipoh di sini menjadi pasar pertama di negara ini yang menggunakan teknologi robotik bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Ketua Penolong Pengarah Kejuruteraan (Kerja dan Bangunan) Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Arif Mohd Zainudin berkata tiga jenis robot sedang diuji di pasar berkenaan iaitu robot mencuci lantai, robot mengangkut barang dan robot mengambil sampah.

Ketiga-tiga robot itu dijangka beroperasi sepenuhnya bermula 15 Dis ini, katanya selepas menyaksikan demonstrasi robot terbabit hari ini.

Menurut beliau, teknologi robotik itu adalah hasil kerjasama MBI; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia.

Arif berkata penggunaan teknologi robotik tersebut turut meningkatkan kecekapan guna tenaga. 

“Sebagai contoh, sebelum ini kita perlu guna lima orang tenaga kerja untuk mencuci kawasan ini setiap hari tetapi dengan teknologi ini, hanya satu mesin diperlukan.

“Kekerapannya (mencuci) boleh ditambah, kalau sebelum ini kita hanya cuci dua kali sehari, kini kita boleh tingkatkan kepada tiga kali sehari,” katanya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");