Perak Hari Ini

Saarani Pengerusi Mesyuarat EXCO, Bincang Intipati Belanjawan 2021

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad, hari ini mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak, pertamanya bagi membincangkan Belanjawan Negeri Perak 2021 yang bakal dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Rabu ini.

Beliau berkata, antara initipati perbincangan berkenaan sudah pastinya mengenai belanjawan mengenai bantuan COVID-19 dan ia akan menjadi ia sebahagian daripada intipati mesyuarat berkenaan.

“Bila kita menyediakan bajet berkenaan, seharusnya ia hendaklah boleh digunakan oleh kerajaan negeri pada tahun 2021 bagi membangunkan semula ekonomi dan pembangunan negeri.

“Dengan perbincangan ini, ia dapat membantu bagi menjana ekonomi dan memberi peluang kepada peniaga dan usahawan supaya mereka dapat bangkit semula akibat COVID, katanya dalam satu sidang media

Pada masa sama, beliau juga mengulas mengenai pelantikan 5 lagi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak

Saarani berkata, beliau berharap perkara berkenaan selesai sepantas mungkin dengan hanya 5 EXCO kerajaan akan menjadi tempang.

Katanya, dengan hanya 5 EXCO berkenaan, pihaknya tidak mampu untuk mengagihkan kerja.

“Jikalau PAS diperkenankan bagi menghadap oleh Baginda maka, barulah kita boleh melakukan persiapan bagi pelantikan atau angkat sumpah EXCO baru.

“Dari situ, kita akan memberikan portfolio dan ianya akan ditentukan setelah penuh kesemua exco,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");