Perak Hari Ini

Serah Pada BERSATU Pusat lucut Keahlian Hasnol – Zainol Fadzi

IPOH – Tindakan melucutkan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim akan dilakukan di parti peringkat pusat.

Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, BERSATU peringkat negeri tiada kuasa membuat pengumuman mengenai pelucutan keahlian Hasnul sebaliknya perkara itu perlu mengikut prosuder parti.

Katanya, jika diikut peraturan parti, tindakan Hasnul itu menyebabkan keahliannya terlucut secara automatik akan tetapi harus melalui proses dan akan diputuskan oleh kepemimpinan tertinggi parti.

“Saya akan mengemukakan laporan berkenaan ini kepada ibu pejabat parti bagi tindakan lanjut.

“Umum orang tahu keahliannya sudah terlucut tapi belum secara bertulis, kena ada hitam putih, kalau tidak dia masih ahli.

“Kita akan buat secara formaliti, kena ada dokumentasi. Prosuder parti kena ikut, saya tak boleh umum dia dipecat, tiada siapa ada hak itu, kecuali ibu pejabat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini, hari ini.

Zainol Fadzi juga menambah, beliau telah menerima laporan daripada Bersatu Bahagian Parit Buntar mengenai pengakuan Hasnul itu.

“Semalam saya baru terima laporan dari BERSATU Parit Buntar mengenai kenyataan terbuka Hasnul dan BERSATU negeri akan bermesyuarat mengenainya dan hantar ke ibu pejabat, tindakan seterusnya serah kepada pusat,” katanya.

Terdahulu, Hasnul mengakui memberi sokongan kepada Saarani dalam undi percaya terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semasa sidang DUN Perak.

Beliau yang juga mengaku memberi sokongan kepada Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dalam undi percaya dalam sidang DUN tempoh hari.

Hasnul bertindak menyokong Saarani kerana dikatakan kecewa disebabkan tidak diberi penglibatan dalam aktiviti parti khususnya di Bahagian Parit Buntar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");