Perak Hari Ini

Saya Nampak Tenang Namun JIwa Berkocak – MB Perak

IPOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui perasannya bercampur baur selepas keputusan undian usul percaya yang tidak menyebelahinya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Bagaimanapun Ahmad Faizal yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata, beliau perlu kekal tenang supaya kestabilan negeri terjamin bagi mengelakkan rakyat bimbang dan bertelagah sesama sendiri.

“Sebenarnya saya nampak je tenang tapi dalam jiwa dan diri saya berkocak juga sebab saya begitu risau bajet tidak sempat saya nak bentangkan petang ini.

“Saya sebenarnya mengharapkan agar jika pun ada usul percaya ini dilakukan selepas kita meluluskan bajet kerana saya fikir saya bersama barisan Exco dan para penjawat awam di negeri ini telah mengusahakan bajet yang saya fikir amat baik untuk kita mengemudi kerajaan dan negeri ini dalam keadaan yang lebih baik.

“Namun saya fikir saya perlu mengekalkan ketenangan supaya rakyat di luar tidak bergaduh sesama sendiri, tidak terlalu berpolitik kerana dari mula dulu saya sentiasa mengatakan kita utamakan kepentingan rakyat. Bunyi macam retorik tetapi itulah sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberta selepas merasmikan Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Projek Masjid dan Surau di negeri Perak di bawah Program Khas Kementerian Hal Ehwal Ekonomi/ Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri di sini pada Jumaat.

Terdahulu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh majoriti sokongan usul undi percaya terhadapnya yang diusulkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Bharu, Datuk Abdul Manaf Hashim, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung pagi ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");