Panasnya Hari Ini

Tuduhan Nazri Karut – Zainol

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak menyangkal dakwaan bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa Bersatu menawarkan wang kepada segelintir ahli Umno bagi menubuhkan cawangan parti di Perak

Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin malah menyifatkan dakwaan itu sebagai karut.

“Itu tuduhan karut. Kami dari Bersatu Perak menafikan hal itu.

“Sepanjang dalam pengetahuan saya, tidak pula kami membuat tawaran sebegitu kepada ahli Umno.

“Saya pun terkejut sebab baru tahu ini,” katanya sebagaimana dilaporkan Malaysiakini, hari ini.

Semalam, Nazri dilaporkan mendakwa Bersatu menawarkan wang berjumlah RM20,000 kepada segelintir ahli Umno bagi menubuhkan cawangan Bersatu di Perak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas mendakwa tawaran itu diberikan berikutan parti berkenaan mengalami kekurangan ahli di peringkat akar umbi.

Sementara itu, Zainol turut berharap Nazri tidak membuat dakwaan sedemikian yang disifatkan secara melulu.

“Harapnya dia (Nazri) selepas ini tidak buat kenyataan secara terang-terangan dan melululah. Yang penting kami memang nafikan dakwaan itu,” katanya lagi.

Sementara itu, Zainol turut memaklumkan bahawa Bersatu bahagian Padang Rengas akan membuat laporan polis berhubung dakwaan Nazri dalam masa terdekat ini..

“Bersatu Perak (lapor polis) saya tidak pasti lagi.

“Saya cuma dapat maklumat Bersatu bahagian Padang Rengas akan buat laporan polis dalam masa terdekat inilah,” katanya.

Ditanya sama ada Bersatu Perak akan bersemuka dengan Nazri atau meminta penjelasan berhubung dakwaan tersebut, dia berkata perkara itu tidak perlu.

“Tidak perlulah nak bersemuka atau meminta penjelasan lebih-lebih untuk benda mengarut macam ini,” tambahnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");