Panasnya Hari Ini

Saya sayang UMNO – Dr Mahathir

Meskipun Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat memberi penentangan kuat terhadap UMNO, namun jauh di sudut hatinya, beliau masih sayang kepada parti tersebut.

Dalam wawancara Bersama Tun M oleh Sinar Harian, bekas Presiden UMNO selama 22 tahun itu mengakui hatinya masih sayangkan UMNO.

“Sayang pada parti ya, bukan pemimpin,” katanya Dr Mahathir dengan nada yang sebak.

Malah, tanpa teragak-agak, Dr Mahathir berkata, kalau UMNO berpegang semula kepada dasar awal penubuhannya iaitu berjuang untuk bangsa, negara dan agama, beliau akan kembali semula kepada parti tersebut.

”Kalau UMNO pegang balik kepada dasar awal, berjuang utk bangsa, negara dan agama, saya boleh kembali kepada UMNO tetapi orang yang penyangak semua, minta maaflah tak boleh kerjasama dengan mereka.

“Saya sayang pada UMNO, 22 tahun jadi Presiden UMNO,” katanya yang menjawab asakan daripada Tan Sri Johan Jaaffar selaku moderator berhubung kedudukan UMNO sebagai satu-satunya ‘pokok’ orang Melayu berlindung. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");