Berita Hari Ini

Pemberian Vaksin Di Sibu Ditunda

Pelaksanaan fasa kedua vaksinasi untuk penerima di daerah Sibu menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di stadium tertutup bandar itu hari ini terpaksa ditunda ke tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu dalam kenyataan hari ini memaklumkan penangguhan itu dibuat berikutan pusat pemberian vaksin (PPV) berkenaan belum menerima bekalan daripada Pfizer.

Menurut JPBB Sibu, tarikh baru pemberian vaksin tersebut akan diumumkan kepada penerima melalui aplikasi MySejahtera.

“Kepada orang awam yang telah mendaftar sebagai penerima vaksin sama ada melalui kaunter klinik kesihatan berdekatan atau melalui pejabat daerah, ketua komuniti atau MySejahtera, tarikh janji temu akan ditetapkan melalui aplikasi MySejahtera untuk fasa kedua dan fasa ketiga,” menurut jawatankuasa itu.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu ketika dihubungi berkata pada hari pertama program tersebut semalam, seramai 766 penerima terdiri daripada warga emas dan golongan berisiko tinggi telah menerima suntikan dos pertama masing-masing.

Sejumlah 158 penerima lagi adalah petugas barisan hadapan yang menerima dos kedua vaksin berkenaan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");