Panasnya Hari Ini

Terdesak perlukan dana untuk COVID19, Benarkah kaedah tender spektrum 5G sebenarnya merugikan negara?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kerajaan telah menggunakan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), bagi melawan pandemic Covid19 namun adakan pendekatan yang kerajaan ambil ni merupakan satu jalan terbaik.

Sebanyak hampir RM5 billion diambil oleh kerajaan untuk membeli vaksin tanpa melalui parlimen.

Yang hairannya, mengapa kerajaan bertindak mengambil dana KWAN dan telah menggunakan pendekatan untuk mencari peluang untuk mendapat pulangan?

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, antara Ahli Parlimen yang membangkitkan perkara itu, berpendapat bahawa kerajaan perlu memanfaatkan dana tersebut dan dalam masa yang sama meletakkan perlindungan kewangan generasi akan datang.

“Kami telah mendengar bagaimana Kementerian Kesehatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi membelanjakan wang untuk pengurusan vaksin dan pandemik, tetapi saya tidak dapat melihat bagaimana peruntukan tersebut sebenarnya digunakan.

“Baru-baru ini, kerajaan memanfaatkan 1/4 dari KWAN untuk mendapatkan vaksin tanpa mengemukakan rancangan itu ke Parlimen. Ini adalah dana untuk generasi masa depan kita, ”katanya kepada Dewan Rakyat.

Dia bertanya mengapa spektrum 5G tidak dilelong tetapi diberikan secara langsung kepada Digital Nasional Berhad (DNB). Namun sekiranya kerajaan mengambil pendekatan dengan melelong,maka ia dapat mengumpulkan lebih banyak dana dan bukannya menggunakan KWAN.

“Jika dilelong, dianggarkan pemerintah dapat mengumpulkan hampir RM3billion – RM5billion, yah, tidak perlu memanfaatkan dana KWAN,” katanya.

Shafie dalam masa yang sama turut menjadikan beberapa negara sebagai contoh dimana katanya kebanyakan negara di dunia termasuk Korea, Thailand, Jerman, Bangladesh telah melelong 5G spektrum dan menjana pendapatan untuk kerajaan.

Malah katanya, Thailand pada awal tahun lalu telah menjana USD3.2 billion daripada lelongan 5G.

“Jika spektrum 5G dilelong, kerajaan dianggarkan mampu mengutip hampir RM3billion – RM5billlion. Tidakkah jumlah ini sudah mencukupi,maka tidak perlulah merobek tabung kanak-kanak KWAN kita ini,” katanya dipetik dari portal themalaysianreserve.

Bagaimanapun, adakah pendekatan yang Shafie cadangkan ini merupakan satu initiatif terbaik untuk kerajaan?

Jangan tersilap langkah dek kerana terlalu menginginkan wang. Kerajaan perlu fikir lebih mendalam

Sekarang, dikatakan RM11 billion diperlukan untuk membina infrastruktur 5G. Daripada kerajaan tidak perlu mengeluarkan duit, dan mendapat pula pulangan berbillion ringgit jika spektrum 5G dilelong, rakyat Malaysia kini perlu menanggung RM11 billion untuk mendapat infrastruktur 5G?

Tidakkah dengan perbelanjaan tersebut ia bakal membebankan rakyat?

Ini satu tindakan yang tidak bijak. Lebih-lebih lagi, disebabkan pendekatan itu rakyat nanti terpaksa membayar lagi bil bulanan kepada syarikat syarikat telco untuk perkhidmatan tersebut. Nilai RM11 billion ini terlalu besar dikala kita sedang bergelut dengan pandemik covid19.

Perbelanjaan sebesar ini sepatutnya perlu dibahaskan di Parlimen dan mendapat sokongan dari Parlimen. Kita tidak mahu ia menjadi satu kesilapan dan rakyat terpaksa menanggung kerugian satu hari nanti.

Mungkin kerajaan boleh fikirkan semula model perniagaan 5G ini kerana ia merugikan kita.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");