Berita Hari Ini

CEO DNB Penjenayah?

Mungkin kerajaan baharu boleh merungkai perkara ini, dan menjawab persoalan sejauh mana kebenaran yang mengatakan Ketua Pegawai Eksekutif Digital Nasional Berhad (DNB), Augustus Ralph Marshall adalah penjenayah antarabangsa.

Jika benar, adakah ini menunjukkan kerajaan sebelum ini telah bersekongkol dengan penjenayah demi memperoleh duit tepi menerusi tender Spektrum 5G?

Menteri Kewangan kerajaan terdahulu dan kerajaan yang terkini perlu menjawab persoalan ini.

Bagaimana kerajaan boleh membenarkan penjenayah menerajui salah satu anak syarikat milik kerajaan ni.

Ketua Biro Ekonomi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Armin Baniaz Pahamin berkata, pengesahan itu perlu sejajar dengan kenyataan rasmi Kementerian Kewangan yang menyatakan DNB akan dikendalikan berdasarkan “kerangka governans yang sesuai dan amalan Terbaik global”.

“Kementerian Kewangan harus mengotakan komitmen ini dengan mengesahkan kredibiliti pelantikan Augustus Ralph Marshall,” katanya sebelum ini.

Pada 1 Mac 2021, Kementerian Kewangan telah mengumumkan pelantikan ahli lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif yang akan menerajui syarikat tujuan khas, DNB bagi melaksanakan infrastruktur dan jaringan teknologi 5G di seluruh negara.

Di dalam pengumuman tersebut, Kementerian Kewangan telah melantik Augustus Ralph Marshall sebagai Ketua Pegawai Eksekutif DNB yang akan menerima peruntukkan sebanyak RM15 bilion daripada kerajaan PN.

Menerusi artikel yang dipetik dari Malaysia Gazette, pada 29 Mac 2012, Jakarta Post memaparkan permintaan dari Kepolisian Negara Repulik Indonesia untuk Interpol mengeluarkan notis merah penangkapan Augustus Ralph Marshall di atas penggunaan dana secara haram membabitkan sebuah syarikat di Indonesia.

Meskipun kes tersebut telah diselesaikan namun butir-butir samada kes ini telah diselesaikan melalui keputusan mahkamah atau luar mahkamah masih tidak diketahui.

Pada 24 September 2016, Bloomberg juga menerbitkan berita mahkamah di India telah mengeluarkan waran tangkap untuk Augustus berhubung kes rasuah membabitkan lesen telefon.

Disebabkan perkara ini masih belum disahkan, adalah lebih baik kerajaan baharu ini membuat penjelasan bagi tidak mengeruhkan keadaan.

Projek spektrum 5G bukan projek kecil-kecil anak yang boleh sewenang-wenangnya dikelolakan oleh penjenayah.

Sudahlah kerajaan PN sebelum ini tidak mahu menggunakan kaedah Lelong Tender untuk projek ini bagi menambah pendapatan negara. Dilantik pula penjenayah sebagai CEO kepada syarikat yang bakal membangunkan projek tersebut.

Apa niat kerajaan PN sebenarnya?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");