Berita Hari Ini

Mengapa DNB Pilih Sweden Ericsson dan Bukan Vendor Malaysia Untuk Lancar 5G?


Media Malaysia mengkritik Digital Nasional Bhd (DNB) selaku syarikat kerajaan kerana memberikan Sweden Ericsson kontrak berjumlah RM11 bilion untuk melancarkan rangkaian 5G di Malaysia.

Mengikut laporan The Star, Spektrum 5G merupakan antara projek terbesar yang diberikan kepada sektor swasta.

Menerusi artikel itu, turut dinyatakan bahawa, situasi berkenaan agak jarang berlaku dimana operator telekomunikasi boleh memilih hanya satu vendor bagi projek infrastruktur rangkaian yang begitu penting.

Bagaimanapun, DNB yang dilihat menyedari tindakan itu bakal mengundang kontroversi namun tetap mempertahan keputusan berkenaan berikutan tawaran Ericsson adalah RM700 juta lebih rendah daripada syarikat lain.

“Sepatutnya, projek rangkaian 5G Malaysia tidak boleh terhad kepada DBN sahaja, sepatutnya lebih banyak vendor diberikan kontrak.

“Secara normalnya untuk negara terkecil adalah memiliki sekurang-kurangnya dua pemain untuk pembangunan 5G.

Ia bakal mendorong persaingan, pemecatan pekerja, dan memberikan pekerjaan kepada lebih dari satu vendor.

Lelong spektrum juga akan menjana lebih banyak pendapatan bagi negara terutamanya memandangkan krisis kewangan yang ditimbulkan oleh panemic Covid19.

Walaupun ia merupakan projek yang agak besar, bagaimanapun maklumat projek sangat sedikit dan tidak selari dengan kapasiti memandangkan sejumlah besar wang yang besar diperuntukkan kepada DNB untuk pembiayaan projek tersebut.

Banyak persoalan yang timbul diantara DNB dan projek 5G ini.

Apakah alasan yang diberikan oleh DNB untuk memilih Ericsson?

Mengapa DNB tidak memilih vendor lain walaupun mereka telah beroperasi di Malaysia, dengan memiliki kakitangan yang rata-ratanya rakyat tempatan?

Mengapa Malaysia ingin bergantung hanya pada vendor asing?

Semua ini permainan Kerajaan, Kementerian Kewangan atau DNB sendiri?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");