Berita Hari Ini

2 ditahan tipu jualan tiket penerbangan ke Korea

Polis menahan dua suspek termasuk seorang wanita warganegara Korea Selatan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan penipuan penjualan tiket penerbangan ke negara itu di Tanjung Aru, Sabah, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Mohd Kamarudin Md Din, berkata suspek lelaki dan wanita yang kedua-duanya berusia 38 tahun itu direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau memaklumkan, polis telah menerima 20 laporan berhubung penipuan berkenaan dengan kerugian bernilai RM233,954.

Penipuan itu diiklankan di laman web http://cafe.naver.com/mymalaysia yang memaparkan iklan penjualan tiket penerbangan didakwa dikendalikan syarikat Apsan Travel and Tour Sdn Bhd.

“Mangsa membeli tiket penerbangan yang diiklankan kerana tertarik dengan tawaran harga yang lebih murah berbanding harga pasaran. Namun setelah pembayaran dibuat, mangsa gagal memperoleh tiket penerbangan yang dibeli,” katanya menurut laporan Utusan.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya telah menerima lima laporan berhubung penipuan berkenaan di negeri ini sejak awal tahun dengan kerugian bernilai RM59,125.

“Modus operandi suspek adalah dengan mensasarkan rakyat negara berkenaan yang mahu pulang ke negara asal. Mangsa bagaimanapun menyedari ditipu suspek yang telah membuka akaun bank atas nama agensi pelancongan palsu.

“Kes ini bukan hanya melibatkan mangsa yang membuat laporan di Johor tetapi di beberapa negeri lain termasuk Kuala Lumpur dan Sabah,” katanya.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");