Berita Hari Ini

Najib cabar Muhyiddin ‘tekan butang’ jika benar ada majoriti

Najib Razak secara sinis meminta Muhyiddin Yassin “menekan butang” untuk menjatuhan Ismail Sabri Yaakob jika benar-benar memiliki okongan 119 ahli parlimen seperti didakwa Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Mohd Shafie Apdal.

Najib berkata jika pendedahan itu benar ia sebenarnya membuktikan Muhyiddin dan Pakatan Harapan (PH) bersikap hipokrit di hadapan perdana menteri.

“Jika benar (seperti yang didakwa Mohd Shafie), PH tandatangan MOU untuk sokong kerajaan Ismail Sabri. Depan, PPBM (Bersatu) kata sokong kerajaan Ismail Sabri.

“Belakang pula, mereka senyap-senyap kumpul sokongan ahli parlimen untuk tumbangkan perdana menteri.

“Jika sudah ada sokongan 119 ahli parlimen maka dia patut tekan butang dengan segera. Malu apa abah kau?” soal Najib menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu, Mohd Shafie mendakwa dia dihubungi presiden Bersatu itu kira-kira dua bulan lalu bagi mendapatkan sokongan untuk menjadi perdana menteri semula.

Ahli Parlimen Semporna itu mendakwa, Muhyiddin memberitahunya dia telah mendapat sokongan 119 daripada ahli Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi.

Menurut laporan The Star, Mohd Shafie mendedahkan Muhyiddin mendakwa telah membincangkan perkara itu dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, yang bersetuju menyokongnya.

Najib berkata, dia yakin Mohd Shafie tidak menipu apabila bercakap mengenai perkara sebegitu.

“Takkan presiden parti Warisan menipu benda macam ini,” katanya.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");