Berita Hari Ini

Bajet 2014 komitmen kerajaan terus bangunkan Malaysia: Muhyiddin

muhyiddin yassin

YAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bajet 2014 melambangkan komitmen kerajaan untuk terus memaju dan membangunkan Malaysia, serta memberi keadilan kepada segenap lapisan masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukan RM54 bilion kepada sektor pendidikan juga menunjukkan kerajaan komited untuk melahirkan modal insan berkualiti yang akan menyumbang kepada pembangunan negara.

“Hampir 21 peratus daripada keseluruhan peruntukan adalah untuk memperkasa sistem pendidikan negara kerana kita sedar kalau ia dapat dilaksanakan, anak-anak kita akan dilahirkan sebagai anak-anak yang berilmu, berpengetahuan, cekap, pandai dan bijaksana.

“Yang penting bila kerajaan pelopori usaha meletakkan pendidikan di tahap hadapan, ia perlu didukung bersama oleh rakyat. Segala-gala yang kita laksanakan adalah untuk menentukan rakyat mendapat faedah dan nikmat,” kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan,

ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama waris murid dan warga pendidik daerah Kuala Muda dan Yan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau di sini, hari ini.

Turut hadir isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Mansor Lat. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");