Perak Hari Ini

Perak Ingin Jadi Pengeluar Terbesar ‘Rock Melon’

Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak (SADC) telah mengenal pasti beberapa projek pertanian yang memberikan pulangan tinggi dalam usaha mempelbagaikan aktiviti pelaburannya, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Satu daripadanya ialah projek tanaman ‘rock melon’ yang akan dilaksanakan di Batu Gajah dan Tanjung Tualang dengan kepakaran teknologi tinggi bersama sebuah syarikat tempatan, katanya.

“Kita meletakkan sasaran untuk menjadikan Perak sebagai pengeluar terbesar rock melon bagi pasaran dalam dan luar negara,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah SADC di sini pada Selasa.

Zambry berkata SADC juga merancang mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat perikanan dari Norway bagi menceburi bidang akuakultur yang akan dilaksanakan di Tasik Temenggor.

“Aktiviti lain yang dikenal pasti adalah penanaman sayur-sayuran,” katanya.

Zambry berkata SADC telah membuka ladang getah di tiga kawasan seluas 1931.7 hektar sebagai alternatif kepada tumpuan penanaman kelapa sawit sebelum ini.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");