Perak Hari Ini

Perak Jadi Tuan Rumah Persidangan Antarabangsa Cybersecurity (CCI) 2014

PERAK TODAY 6

Negeri Perak akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Antarabangsa Cybersecurity (CCI) yang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula dari 11 hingga 13 November nanti.

Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abd Kadir, berkata persidangan yang dikelolakan oleh Cybersecurity Malaysia itu bakal dihadiri kira-kira 1,000 peserta dari seluruh dunia.

“Ia merupakan persidangan antarabangsa yang pertama diadakan di bandar raya Ipoh pada tahun ini,” katanya.

Beliau juga berkata, persidangan tersebut berjaya menarik minat tokoh-tokoh keselamatan siber dari seluruh dunia untuk menyertainya.

“Kita akan menganjurkan persidangan yang akan dihadiri oleh tokoh keselamatan siber bertaraf antarabangsa termasuk juga penasihat kepada pemimpin utama dunia antaranya Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ipoh, hari ini.

Julung-julung kalinya diadakan di Hotel Casuarina@Meru, dekat Jelapang, persidangan itu akan membincangkan tiga topik utama iaitu Cyber Security Malaysia – Awards, Conference and Exhibition (CSM-ACE); World Trustmark Alliance Annual Summit 2014 (WTA) dan Securing Internet of Things dari Amerika Syarikat.

Tambahnya lagi, persidangan tersebut begitu penting kerana isu keselamatan siber telah menjadi isu keselamatan negara.

“Kerajaan negeri melihat bahawa persidangan ini adalah satu keperluan memandangkan isu keselamatan siber telah menjadi isu keselamatan negara berikutan kecanggihan teknologi dan kepesatan aplikasi internet,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");