Sebuah rumah di Taman Birch, berhadapan SMK Dato’ Panglima Kinta, dekat Ipoh musnah dalam satu kebakaran, malam tadi.
Jentera dan anggota bomba dan penyelamat dari BBP Ipoh yang menerima panggilan kecemasan pada jam 8.57 malam segera bergegas ke tempat kejadian.
Anggota bomba menggunakan dua aliran hosrell untuk memadamkan kebakaran yang berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 9.30 malam.
Kira-kira 90 peratus struktur rumah jenis C itu hangus terbakar dalam kejadian tersebut. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak
Komen & Pendapat