MANCHESTER United secara rasminya memperkenalkan kit terbaharu musim 2015/16 tajaan adidas.
Rekaan khas adidas dengan sentuhan klasik tahun 1960-an bakal dipakai pemain-pemain United buat kali pertama menjelang pertemuan dengan Aston Villa Jumaat ini.
Dengan inspirasi rekaan putih yang dipakai oleh ‘Busby Babes’ pada tahun 1960-an yang memperlihatkan sentuhan pada leher jersi berbentuk V bersama tiga jalur di bahagian bahu.
Malah rekaan ini juga dilihat kembali ke zaman 1990-an yang dipakai oleh pemain legenda Ryan Giggs.
Adidas juga memastikan kit terbaharunya ini lebih ringan dengan menggunakan teknologi moden bagi membantu prestasi pemain ketika beraksi.-mstar
Komen & Pendapat