Perak Hari Ini

Sebahagian Jalan Panglima Bukit Gantang Ditutup Sebulan

IPOH: Majlis  Bandaraya Ipoh mengumumkan penutupan beberapa jalan di sebahagian Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab bermula dari jalan susur masuk ke Stesen Keretapi hingga Mahkamah Tinggi Ipoh mulai 20 Oktober hingga 20 November 2015.

Menerusi kenyataan media MBI Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man berkata penutupan jalan tersebut adalah disebabkan oleh proses kerja memasang ‘interlocking pavers’ di sepanjang jalan tersebut.

Tambahnya lagi, kerja-kerja pemasangan tersebut akan dijalankan secara berperingkat-peringkat justeru itu sebahagian jalan tersebut akan ditutup.

Sehubungan dengan itu, para pengguna jalan raya dari Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab menghala ke Jalan Lahat diminta menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan S.P Seenivasagam-Jalan Sultan Idris Shah-Jalan Raja Musa Aziz-Jalan Sultan Iskandar-Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.

Manakala pengguna jalan raya dari Jalan Lahat yang menghala ke Jalan Kuala Kangsar  dinasihati untuk melalui Jalan Sultan Yusof-Jalan S.P Seenivasagam bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.

MBI dijangka akan mula memasang papan tanda kenyataan mengenai penutupan tersebut pada 17 Oktober  atau Sabtu ini untuk pemakluman awal.

MBI pada masa yang sama memohon maaf di atas sebarang kesulitan di sepanjang proses kerja-kerja pembinaan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");