Jenayah

Dadah lebih 12kg ditemui dalam kuda hiasan

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan kegiatan menyeludup dan mengedar syabu susulan penemuan dadah jenis itu bernilai RM2 juta yang disembunyikan dalam replika kuda hiasan, semalam.

Dalam serbuan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman itu di Persiaran Putra Permai, Seri Kembangan di sini, seorang lelaki warga Nigeria berusia 28 tahun turut ditahan.

Serbuan jam 3 petang itu membawa kepada 28 paket dadah seberat 12.1 kilogram (kg) disorok dalam tujuh replika kuda seramik, dipercayai untuk edaran tempatan dan eksport.

Pengarah JSJN, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata replika itu dipercayai diseludup menerusi jalan laut dari China. “Kuda itu diisytihar sebagai barangan perhiasan rumah dan dibawa menggunakan kargo dari China.

“Setiap kuda disumbat dengan empat paket dadah yang dibalut dengan kertas aluminium sebelum disimen bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mokhtar berkata, dadah berkenaan boleh menampung kira-kira 600,00 penagih.

Katanya, siasatan mendapati suspek mempunyai dokumen perjalanan sah dan keluar masuk dari negara ini sejak dua tahun lalu.

Beliau berkata, gerakan giat dijalankan bagi mengesan saki baki ahli sindiket manakala suspek direman 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/153217

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");